5 JENIS PENYAMAN UDARA YANG BIASA DIGUNAKAN

Penyamanan udara telah menjadi keutamaan kepada semua masyarakat di dalam atau di luar bandar. Ini antara 5 jenis yang biasa digunakan di rumah, pejabat dll.

1. Wall Mounted

Penyamanan udara jenis wall mounted ini sesuai untuk bilik tidur, ruang tamu yang padat.

Kelebihan :

  • Rekaan moden dengan pelbagai pilihan.
  • Mempunyai ciri-ciri tambahan.
  • Mudah dipasang.
  • Mudah didapati.

Kekurangan:

  • Tidak sesuai bagi penggunaan secara heavy-duty.

2. Ceiling Cassette

Kebiasaan penyamanan udara jenis Ceiling Cassette ini digunakan di bilik, pejabat atau ruangan yang besar

Kelebihan:

  •  Sesuai dipasang di bilik kecil mahupun bilik besar.
  • Pengudaraan yang baik di mana mempunyai aliran 4 dimensi.

Kekurangan:

  • Memerlukan plaster siling atau ruang yang mencukupi untuk unit ceiling cassette.

3. Floor Standing

Menghembuskan angin yang kuat dan sesuai untuk restoran, pejabat dan sebagainya

Kelebihan :

  • Mudah dipasang dan anda tidak perlu bimbang tentang pemasangan kerana ia boleh diletakkan di atas lantai.
  • Penyejukan pantas kerana kipasnya yang besar menghasilkan angin yang lebih kuat.

Kelemahan :

  • Penggunaan ruang yang terhad.

4. Portable

Boleh diletakkan di mana sahaja. Hanya pasang plag dan anda boleh terus menggunakannya!

Kelebihan :

  • Kompak.
  • Tidak perlukan pemasangan.
  • Boleh digunakan sama ada dalam mahupun luar bangunan. Hanya boleh digunakan dalam ruang kecil hingga bersaiz medium.

Kelemahan :

  • Tidak begitu efisien jika digunakan di luar bangunan.
  • Bunyi yang lebih besar berbanding Wall Mounted kerana pemampat (compressor) berada dalam unit penyaman udara.
  • Perlu salurkan udara haba yang dikeluarkan.

5. Ceiling Concealed

Penyaman udara yang tersembunyi pada atau dalam siling, sesuai untuk bilik tanpa mengganggu keseluruhan hiasan dalaman.

Kelebihan :

  • Ruang kelihatan kemas dan bersih tanpa ada aircond

Kelemahan : 

  • Susah untuk dipasang kerana ia tersembunyi di siling.
  • Susah untuk melakukan kerja penyelenggaraan.

About Nazhan

AR Aircond Service

View all posts by Nazhan →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *