CARA PENJAGAAN AIRCOND

Disini kami ingin memberi sedikit cara-cara penjagaan penghawa dingin yang sepatutnya pengguna perlu mengambil tahu untuk menjimatkan kos.

1. CUCI PENAPIS UDARA (AIR FILTER)

Apabila filter di dalam penghawa dingin terhalang, jumlah pengambilan udara berkurangan, sementara jumlah elektrik yang diperlukan untuk menyejukkan ruang meningkat.

Membersihkan penapis sekali setiap dua minggu adalah disyorkan.
Penapis habuk boleh dibersih dengan  dengan air atau menggunakan pembersih vakum.
Apabila sangat kotor, basuh menggunakan air suam dengan detergen@cecair pencuci dan keringkan di tempat yang teduh (elakkan dari cahaya matahari langsung)

CARA CUCI PENAPIS UDARA :

  1. Buka penutup penapis udara di bahagian depan
  2. Tarik penapis udara 
  3. Cuci dengan air bersih
  4. Gosok dengan menggunakan kain atau berus lembut (secara perlahan)
  5. Bilas semula dengan air bersih
  6. Lap dan keringkan 
  7. Kemudian, masukkan semula penapis udara pada tempat asalnya
  8. Tutup semula penutup penapis udara pada aircond

2. SUHU PENGHAWA DINGIN

Suhu penghawa dingin hendaklah ditetapkan dalam lingkungan :-
Siang : 20’C ~ 24’C
Malam : 26’C ~ 30’C

Ini akan menjimatkan kos elektrik anda serta merta kerana dengan suhu tersebut, pemampat (compressor) tidak akan berjalan dengan begitu kuat.

3. TUTUP SUIS

Suis mestilah ditutup ketika ada meninggalkan ruang bilik. Jika tidak, ia akan menyebabkan arus elektrik akan terus mengalir ke sistem penghawa dingin dan akan menyebabkan kos elektrik rumah akan tinggi.

4. RUANG

Ruang yang perlu disejukkan hendaklah mengikut horsepower yang bersesuaian dengan bilik digunakan. Contoh :

  • Ruang tamu : 2.0hp ke atas
  • Bilik : 1.0hp/1.5hp
  • Pejabat : 2.5hp ke atas
  • Kedai Makan : 3.0hp ke atas
Ruang udara juga hendaklah terlindung daripada udara luar supaya mendapat suhu yang ditetapkan. Selain itu, keadaan aircond juga terlindung daripada habuk yang begitu banyak.

5. KEBERSIHAN SEKELILING

Keadaan sekeliling juga memberi kesan kepada jangka hayat aircond. Jika keadaan sekeliling kotor, akan menyebabkan keadaan aircond akan menyerap udara yang kotor dan jangka hayat servis akan pendek. Selain itu, pemampat (compressor) juga akan bekerja keras kerana habuk yang begitu banyak menyebabkan kesukaran untuk membuang haba

6. TEPATI JADUAL PENYELENGGARAAN

Penyaman udara perlu diselenggara tepat pada masanya agar keadaan penyaman udara tidak menjadi terlalu kotor. Contohnya, setahun sekali. Jika keadaan penyaman udara terlalu kotor, ia akan menyebabkan udara pembuangan suhu akan menjadi perlahan dan akan meninggikan kos bil elektrik anda kerana compressor akan bekerja lebih keras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *